旅店81首页
 

Memandu dari Malaysia ke Hotel kami di Singapura

Untuk pelancong dari Malaysia, memandu ke Singapura adalah lebih mudah sekarang. Anda mempunyai pilihan untuk mengunakan Tambak Johor Bahru atau Tambak 2nd Link.

Lebuhraya Utara Selatan (ke arah selatan) mengetuai untuk Johor Bahru. Ikut tanda-tanda yang mengarah ke Tambak Johor Bahru. Jika anda memilih untuk menggunakan 2nd Link, anda harus keluar di Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Senai Utara.

Petunjuk: Isi penuh tangki minyak kereta anda dahulu jika tidak risikonya ialah anda akan membayar harga minyak dua kali ganda di Singapura. Rakyat Malaysia yang memandu ke Singapura dinasihatkan agar elakkan lawatan anda diwaktu puncak kesibukan (6am hingga 9am memandu masuk ke Singapura, dan 5pm hingga 8pm memandu keluar Singapura di hari-hari biasa) kerana jalanraya akan sibuk dengan kenderaan.

Had-had kelajuan sepanjang lebuhraya-lebuhraya di Singapura adalah 80km/j dan ada juga kawasan yang had lajunya adalah 90Km/j. Anda juga harus megawasi perangkap-perangkap had kelajuan yang terdapat di pelbagai tempat sepanjang lebuh raya.

Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai Kemasukan Kenderaan Permit (VEP), Bayaran-bayaran tol dan penilaian Jalan Elektronik, sila lungsuri lelaman ini www.visitsingapore.com
(lihatlah http://www.visitsingapore.com/publish/stbportal/en/home/getting_here/driving_into_singapore.html untuk butir-butir lanjut)

Singgah juga Lelaman Web Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (klik 'Motoring', 'Driving Into and Out of Singapore')

Kami telah menyediakan 4 isyarat panduan terperinci untuk pemandu-pemandu kereta yang memandu sama ada dari Tambak Johor Bahru atau 2nd Link untuk ke Hotel 81 Palace (sama juga perjalanan ke mana-mana Hotel 81 lain di kawasan Geylang) dan Hotel 81 Bencoolen.

Foto-foto adalah yang terkini dan jika diikuti dengan teliti ianya akan membimbing anda dengan lancar kearah Hotel kami.

 
Reservations
  Hakcipta © 2004 Hotel 81 Management Pte Ltd. Semua Hak Pengeluaran & Pemilik ini adalah TerpeliharaTerma & Syarat-syarat