|
 |
Daftar 'online' sekarang dan anda akan mendapat satu daripada berikut:
- Peningkatan / Daftar masuk awal percuma
- Peningkatan / Daftar keluar lewat
(berpaling kepada hotel-hotel di kawasan Geylang & tertakluk pada kegunaan.)
Apa yang dinantikan lagi? |
Selamat datang ke lelaman Hotel 81.
Jenama Hotel 81 adalah hotel yang amat di kenali di Singapura. Hotel yang mempunyai 20 buah cawangan dan 2000 buah bilik bermula dari hotel bajet yang amat sederhana.
Dari titik permulaan itu, kami mula membina imej Hotel 81 dari segala aspek.
Lokasi amat penting bagi kami. Rangkaian cawangan kami terletak dari pusat Bandar hinggalah ke luar Bandar.
Lokasi kami boleh di bahagikan seperti berikut.
Pusat Bandar
Di Chinatown terdapat 2 cawangan ?Hotel 81 Chinatown dan Hotel 81 Cosy. Ia berada di kawasan CBD dan berhampiran dengan Shenton Way dan juga Raffles Place.
Lokasi Hotel 81 Bugis dan Hotel 81 Bencoolen adalah kawasan yang di penuhi kesasteraan dan sivik. Di sinilah tempatnya Universiti Pengurusan Singapura (SMU) Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) dan Muzium Singapura. Ia juga berhampiran dengan Orchard Road ?yang amat terkenal di dunia dengan pusat membeli belah yang berderetan.
Pusat Konvensyen Suntec City berada dalam masa perjalanan sesingkat 5 minit dari Hotel 81 Bugis.
Berhampiran pusat tersebut ialah Esplanade, Theatres By The Bay dan juga Merlion ?binatang mystik yang menjadi ikon Negara ini yang terletak di kawasan Sungei Singapura.
Berhampiran Pusat Bandar
Hotel 81 Elegance terletak di Jalan Besar Road yang amat sibuk sekali walaupun ia berada di luar kawasan CBD. Ia amat di kenali oleh para pelancong dari Malaysia kerana terdapat coach yang berhenti di kawasan Lavender Street atau Komplex Golden Mile.
Joo Chiat Road
Empat cawangan berada di lokasi ini ?Hotel 81 Classic, Hotel 81 Opera, Hotel 81 Sakura dan Hotel 81 Joo Chiat. Banyak gerai dan restoran makanan halal untuk di pilih mengikuti cita rasa masing masing. Masjid Khalid dan Masjid Kampung Melayu yang berdekatan memudahkan anda untuk mengerjakan solat.
Jika anda ingin beristirehat dan bersantai, Pantai East Coast tidak jauh dari sini. Hanya memakan masa perjalanan selama 10 minit. Di pantai, anda boleh berlari lari anak, menyewa basikal atau berenang. Terdapat juga foodcourt dan restoran untuk anda bersantap.
Kawasan Geylang
Hotel 81 Palace, Hotel 81 Star, Hotel 81 Geylang, Hotel 81 Princess, Hotel 81 Orchid, Hotel 81 Gold dan Hotel 81 Hollywood ?Begitu unik sekali konsep nama yang dipilih untuk tema setiap cawangan yang tersedia di kawasan ini.
Kawasan yang kecil ini terdapat lebih daripada 50 hotel bajet. Walaupun persaingan amat sengit di kawasan ini, kami percaya kami memberikan tawaran yang baik (jika tidak ?yang paling bagus) dari segi layanan dan juga dari segi mutu bilik bilik kami. Sebelum menyewa bilik di kawasan ini, kami cadangkan anda supaya melihat bilik yang ingin di sewa. Silalah kunjungi kami di sini supaya anda boleh mendapat membandingkan bilik kami dengan bilik bilik hotel bajet yang lain. Tidak perlu dipertikaikan, anda akan berasa selesa dan puas hati dengan mutu yang kami berikan.
Di kawasan ini, makanan halal senang di perolehi. Untuk bersolat, terdapat juga masjid dan diantaranya ialah Masjid Jamiyah yang terletak di Lorong 12.
Hotel 81 memberikan layanan yang terbaik bagi setiap pelanggan. Harga bilik bermula dari $70.00 dan ini bergantung kepada lokasi hotel, cawangan dan bagi musim musim yang tertentu. Lungsuri lelaman kami di www.hotel81.com.sg/my/hotels.shtml untuk butir butir lanjut mengenai hotel hotel kami.
Pengiktirafan ini telah kami peroleh sejak dari tahun 1998.
Bilik kami amat kecil berbanding dengan hotel lain yang mengenakan harga yang lebih tinggi, tetapi, anda akan kagum dengan kemudahan yang disediakan. Di antaranya ialah ?Alat pemanas air di bilik air, TV berwarna, telefon, pengering rambut serta cerek elektrik. Bilik kami juga berhawa dingin.
Ada juga beberapa cawangan kami disediakan kemudahan seperti perkhidmatan internet broadband di bilik atau di business centre. Terdapat juga gerai gerai makanan halal atau restoran yang berhampiran. Kami juga sedia mengirimkan makanan untuk anda dengan harga yang berpatutan.
Bagi anda yang melancong bersendirian, sudilah menginap bersama kami. Dengan harga yang berpatutan, kami percaya anda akan dapat berbelanja untuk keperluan lain seperti makanan, hiburan dan membeli belah. Dengan kadar bilik yang amat tinggi (2000 bilik tersedia), kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan anda tempat penginapan yang selesa.
Untuk melengkapkan percutian anda bersama kami, hantarkan e-mel kepada hotel81@hotel81.com.sg untuk mendapatkan maklumat bagi tempat tempat yang anda ingin lawati. Dengan cara ini, kami dapat memilih hotel yang sesuai buat anda dan memenuhi cita rasa anda.
Sebagai permulaan, kongsilah bersama kami mengenai percutian anda ?siapa yang bersama anda, tempat yang ingin di lawati, kegemaran anda atau apa jua yang anda ingin ketahui. Kami akan membantu anda membuat perancangan yang sebaik baiknya supaya anda berpuas hati dengan lawatan anda ke Singapura.
Melawat Singapura secara berkumpulan? Jangan bimbang, biar kami bantu. Kami boleh mengendalikan aktiviti berkumpulan untuk anda sepanjang penginapan anda pada harga yang berpatutan. Anda cuma perlu memberitahu rancangan anda kepada pihak penjualan kami dan mereka akan membantu memenuhi keperluan anda. Kami akan mendapatkan harga yang berpatutan untuk anda.
Hantarkan segala pertanyaan kepada edong@hotel81.com.sg
Lelaman kami juga menyediakan tip-tip untuk memudahkan lawatan anda di Singapura seperti kemudaham sistem pengangkutan boleh didapati di dalam Travel Resources.
Cuaca: silalah lungsuri lelaman berikut untuk mengikuti perkembangan cuaca selama 5 hari ?www.bbc.co.uk/weather/5day.shtml?world=0089
Informasi untuk para pelancong, sila lungsuri www.visitsingapore.com
Kami mempunyai polisi ?Jaminan Wang Sepenuhnya ?jikalau anda berubah fikiran untuk menginap di hotel kami dalam masa lima belas minit selepas anda check ?in. Kami tidak layak dilanggan sekiranya tidak tepat pada nilainya. Walau apa pun, silalah kunjungi kami dan nilaikan sendiri.
Senantiasa Menanti,
Semua di Hotel 81.
Lokasi Mudah, Penginapan Selesa & Harga Berpatutan |